Tuesday, September 29, 2009

Majlis Hari Raya SMKP


Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami semua warga SMK.Pertang

Sunday, September 27, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah



Selamat kembali semula ke sekolah. Peperiksaan PMR dan SPM akan datang. Bersedialah menghadapinya..Demi masa hadapan anda..jangan menyesal nanti.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Ucapan Pengetua




Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya SMK.Pertang



Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK.Pertang moga semua selamat dan berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Anda semua adalah warga cemerlang dan sentiasa di hati kami. Selamat bercuti dan kembali semula ke sekolah pada 22 September 2009. Selamat hari raya Idilfitri maaf zahir dan batin untuk semua.

Tuesday, September 15, 2009

Pelajar SMKP - 26 ramadhan


Kuiz ramadhan sentiasa dibuat dalam perhimpunan pagi. Soalan terbahagi kepada 2, iaitu untuk pelajar islam dan bukan islam. Sambutan pelajar islam amat menggalakkan. Soalan berkaitan tentang bulan ramadhan dan kebaikannya. Pelajar yang dapat menjawab diberi pen dan pembaris. Tahniah pelajar yang aktif dan dapat hadiah.

Gurau senda di akhir ramadhan - bilik guru


Bulan ramadhan al-mubaraq banyak memberi kesan kepada kami semua

Senantiasa ada perbincangan meja bulat di waktu rehat

Masing-masing mempunyai cerita sendiri untuk menghiburkan hati

Sentiasa ada pengerusi tetap, moga perginya ramadhan nanti akan sentiasa dirindui. Syawal tetap datang dan ramadhan tetap pergi. Sedihnya hati :)
Moga guru SMK.Pertang tetap dedikasi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna...

Tuesday, September 8, 2009

Koir Hari Kemerdekaan

Kuiz Bulan Ramadhan


Pelajar bukan islam cuba menjawab soalan kuiz sempena bulan ramadhan al-mubaraq.Loghanathan dengan beraninya menjawab soalan bilakah umat islam berpuasa... betul...