Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 29, 2009

Selamat Datang 2010


Moga sesi persekolahan 2010 akan menjanjikan tahun cemerlang,gemilang dan terbilang kepada SMKP. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam PMR yang lepas. Bagi pelajar yang mendapat Gred A dalam Sejarah sila datang dan tuntut janji yang telah Cikgu Johar buat.

Monday, November 30, 2009

Selamat Bertukar Ke SMAR Kuala Klawang - Puan Hafsah Haji Mohd Isa

                                                               Selamat bertugas di sekolah yang baru. Jasa anda kami kenang. 2006 - 2009

Monday, November 9, 2009

Thursday, October 29, 2009

Tahniah! Akhirnya Kelab Memanah SMK.Pertang ditubuhkan pada 28 Oktober 2009

Impian Cikgu Fariza Hussin untuk menubuhkan Kelab Memanah di SMK.Pertang akhirnya tertunai pada 28 Oktober 2009. Seramai 30 orang pelajar telah menghadiri klinik memanah di SMKP. Kelinik ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada 5.30 petang dengan jayanya. Siri kedua klinik ini akan dijalankan pada 4 Oktober 2009, jam 2.00 petang. Syabas kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Cikgu Fariza dan pelajar SMKP.

Sunday, October 25, 2009

Majlis Hari Keluarga SMK.Pertang - Royal Bintang,Seremban



Majlis Hari Keluarga Staf SMK.Pertang diadakan di Royal Bintang,Seremban baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya. Moga kerjasama semua akan bertambah erat.

Friday, October 23, 2009

Selamat Datang - Majlis Hari Keluarga SMKP di Royal Bintang, Seremban

Selamat datang ke Royal Bintang. Esok 24 Oktober 2009 bersamaan 5 Zulkaedah 1430H staf SMK.Pertang akan mengadakan hari keluarga di sana. Datanglah beramai-ramai bersama anak-anak dan keluarga masing-masing. Insyaalah

Sunday, October 4, 2009

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa

Photo sekitar hari pelancaran Minggu Bahasa yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2009 di Dewan SMK.Pertang. Pelancaran Minggu Bahasa  dilakukan oleh Puan Normala  binti Abu Bakar, Pengetua SMK.Pertang sendiri. Acara kemuncaknya ialah semua pelajar dan guru  menyanyikan  lagu "Bahasa Jiwa Bangsa"  bersama-sama .

Pelajar Jalan Raya


Pada 3 Oktober 2009 Fatanah dan rakan-rakan telah datang beraya ke rumah Cikgu Johar di Taman Bandar Tinggi. Dari jam 6.30 petang dan pulang ke rumah kira-kira 1 jam kemudiannya. Terima kasih daun keladi. Kalau ada masa tahun depan datang lagi.





Bergambar bersama Cikgu Johar di rumahnya..emmmm dapat duit raya ke ?

Tuesday, September 29, 2009

Majlis Hari Raya SMKP


Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami semua warga SMK.Pertang

Sunday, September 27, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah



Selamat kembali semula ke sekolah. Peperiksaan PMR dan SPM akan datang. Bersedialah menghadapinya..Demi masa hadapan anda..jangan menyesal nanti.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Ucapan Pengetua




Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya SMK.Pertang



Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK.Pertang moga semua selamat dan berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang. Anda semua adalah warga cemerlang dan sentiasa di hati kami. Selamat bercuti dan kembali semula ke sekolah pada 22 September 2009. Selamat hari raya Idilfitri maaf zahir dan batin untuk semua.

Tuesday, September 15, 2009

Pelajar SMKP - 26 ramadhan


Kuiz ramadhan sentiasa dibuat dalam perhimpunan pagi. Soalan terbahagi kepada 2, iaitu untuk pelajar islam dan bukan islam. Sambutan pelajar islam amat menggalakkan. Soalan berkaitan tentang bulan ramadhan dan kebaikannya. Pelajar yang dapat menjawab diberi pen dan pembaris. Tahniah pelajar yang aktif dan dapat hadiah.

Gurau senda di akhir ramadhan - bilik guru


Bulan ramadhan al-mubaraq banyak memberi kesan kepada kami semua

Senantiasa ada perbincangan meja bulat di waktu rehat

Masing-masing mempunyai cerita sendiri untuk menghiburkan hati

Sentiasa ada pengerusi tetap, moga perginya ramadhan nanti akan sentiasa dirindui. Syawal tetap datang dan ramadhan tetap pergi. Sedihnya hati :)
Moga guru SMK.Pertang tetap dedikasi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna...

Tuesday, September 8, 2009

Koir Hari Kemerdekaan

Kuiz Bulan Ramadhan


Pelajar bukan islam cuba menjawab soalan kuiz sempena bulan ramadhan al-mubaraq.Loghanathan dengan beraninya menjawab soalan bilakah umat islam berpuasa... betul...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubaraq


Acara Pertandingan Puisi sempena Bulan Kemerdekaan
19 Ogos 2009

Tiada hari seindah JUMAAT.Tiada kata seindah ZIKIR.Tiada ibadah seindah SOLAT.Tiada bulan seindah Ramadhan.Bulan diturunkan Al-Quran. Bulan sebaik seribu bulan. Inshaalah kita semua diberkati Allah hendaknya.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan carilah keberkatan di bulan ini.

Keputusan Pertandingan Laman Web


Keputusan telah diumumkan17 Ogos 2009 yang lepas. Tahniah kepada saudara Izul Afiq kerana telah berjaya menjuarai semua kategori yang dipertandingkan. Semoga anda akan meneruskan perjuangan dalam pertandingan ke peringkat negeri bermula dari bulan ogos dan akan diinilai pada bulan Oktober 2009. Kepada semua pelajar yang bertanding diucapkan tahniah kerana anda telah mencuba dengan sebaik mungkin. Beriku adalah keputusan pertandingan tersebut:-

Badan Beruniform :-
Johan - Pengakap ( Blogger - Mohd. Izul Afiq )
Naib Johan - Krs
Ke 3 - PBSM

Kelab dan Persatuan:-
Johan - Bahasa Inggeris ( Blogger - Mohd Izul Afiq )
Naib Johan - Usahawan Muda
Ke 3 - Bahasa Tamil

Kelab Sukan
Johan - Catur ( Blogger - Mohd Izul Afiq )
Naib Johan - Bola Keranjang
Ke 3 - Olahraga

Tuesday, August 11, 2009

Ceramah Kemerdekaan






Pada pagi rabu 12 Ogos 2009 satu ceramah kemerdekaan telah diadakan untuk semu pelajar SMK.Pertang yang disampaikan oleh Ustad Adnan bin Moner. Beliau adalah bekas guru dan sekarang menjadi penceramah PLKN. Ceramah yang diberikan kepada pelajar adalah tentang erti kemerdekaan kepada setiap individu dan lebih kepada amalan bagaimana memerdekaan diri sendiri dan pengisian semangat kemrdekaan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia dan Negeri Sembilan


Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pelancaran Bulan kemerdekaan oleh Puan Normala bt Abu Bakar, Pengetua SMK.Pertang dan diiringi oleh Puan Hadijah Mat Shah, Ketua Bidang Kemanusiaan, SMK.Pertang.

Majlis Penutup Bulan Sains Matematik