Sunday, July 31, 2011

Terima Kasih SMK. Pertang....Kau Tetap di hati...http://hemsmkp2.blogspot.com


Terima kasih kepada semua warga SMK.Pertang, Walaupun saya tidak lama berada di sini, tetapi banyak perkara yang saya belajar. Terutamanya cara-cara mentadbir dan mengenal hati budi manusia. Semua pengalaman di sini akan saya jadikan panduan dalam menjalani kehidupan di tempat yang baru.

Saya akan bertukar ke SMK.Pasoh2 , Simpang Pertang berkuatkuasa Julai 2011 yang lalu dan saya sudah melaporkan diri pada 02 Ogos 2011.. Walau bagaimanapun saya akan memulakan tugas di sekolah yang baru mulai 04 Ogos 2011 (Khamis ). Saya mohon maaf kepada semua pelajar SMK.Pertang kerana tidak berpeluang untuk memohon maaf dalam perhimpunan. 
PELAJAR SMK.PERTANG, ANDA TETAP  DI HATI SAYA.

Cikgu Wan Safri menyampaikan cenderahati Kelab Guru SMKPertang kepada Cikgu Johar.

Kepada semua pelajar yang belajar mata pelajaran Sejarah dengan saya. Buatlah ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan bulan Ogos ini. Hanya usaha yang luar biasa yang akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. 

Jika Ada Sumur di ladang, 
Boleh saya menumpang mandi,
Jika Ada Umur yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian dari :-

Johar Bin Haji Abu
Mantan GPK Kokurikulum SMK.Pertang 
( 25 Ogos 2009 - 1 Ogos 2011 )

Sila ke alamat
jika berminat dengan SMK.PASOH2 

Thursday, July 28, 2011

Koko Akhir ?...sambung lepas Ramadhan.

Aktiviti HEM..MissLim dan Wan Safri...dan rakan-rakan guru...good luck..

Aktiviti Koko, Silat Gayung, Kadet polis, Renjer Puteri....teruskan perjuangan anda.

Aktifnya Silat Gayung.....Guru pun ada silat...silat cekak

Teruskan usaha Cg Marzuki...anda hebat.

Masak memasak...aktiviti Renjer Puteri...Meriah Sungguh Hari itu.

Monday, July 25, 2011

Selamat bersara Timbalan Pengarah JPNS, Tn.Hj. Jamali bin Salam

JASAMU DIKENANG
MAJLIS PERSARAAN 
DI SMK.UNDANG JELEBU
3 JULAI 2011
10.30 PAGI










Wednesday, July 20, 2011

Falsafah, prinsip atau AUTOKRATIK ?

Apakah makna falsafah ?`
Apakah makna Prinsip
 Apakah makna AUTOKRATIK?
Apakah makna Demokrasi ?

Jika Demokrasi salahkah jika kita ingin tahu !
Mengapakah ianya begini dan bukan begitu !
Salahkah jika kita bertanya dan mahukan jawapannya.

Kadang-kadang lebih baik jadi anarki !
Kadang-kadang lebih baik jadi monarki !
Kadang-kadang lebih baik sosialis !
Tapi jangan jadi komunis !
Atau lebih baik jadi idealis !
Atau jadi romantis !

Haaa haaa Jangan persoal !
HEBATLAH TU HAAA HAAA .JANGAN PERSOAL ?
Dia memang hebat !
Betul anda hebat ?

Siapa hebat ? 
Yang Maha Kuasa paling hebat.

Saturday, July 9, 2011

Pelancaran Bulan Kecergasan 1 Malaysia 1 Kecergasan

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK.Pertang







Tuesday, June 28, 2011

Senario Hari Kejohanan Trek dan Balapan Ke 39, SMKP 2011

Tarikh : 28 Jun 2011 ( Selasa )
Masa: 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Padang SMKP
Acara Trek Berlangsung dengan meriahnya ?

Tahniah Rumah Syahbandar, Kannan-Olahragawan dan Pengurus Rumah Syahbandar

Penyampaian hadiah di dalam dewan SMKP

Tahniah Syahbandar..teruskan tradisi JUARA anda

Berjuang dengan penuh semangat....anda BOLEH....



Persiapan Awal Pagi

Harapan Untuk Ibubapa Hadir....tinggi....tapi yang hadir...mengecewakan

Jumpa lagi tahun depan....SYAHBANDAR (KUNING)...KAMU JUARA SMKP 2011...TAHNIAH

Monday, June 27, 2011

Selamat Bertanding-Sukan Trek dan Balapan Kali Ke 39, 2011

Selamat bertanding kepada semua pelajar SMKP dalam acara sukan Trek dan Balapan. Esok adalah hari kemuncak Kejohanan Olahraga SMKP.

Tarikh: 28 Jun 2011 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Padang SMK.Pertang 

Berjuanglah untuk mendapat kedudukan yang tertinggi dalam sukan. Anda mampu untuk menyumbang kepada kedudukan rumah sukan. Segala-galanya akan menjadi lebih makna bermakna jika rumah sukan anda menjadi juara. Kedudukan terkini, RUMAH BENDAHARA ( BIRU ) mengungguli kedudukan teratas. TAHNIAH !!!


Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Wednesday, May 11, 2011

Tahniah !!! Pasukan Koir dan Nyanyian Solo. SMKP Boleh.

TAHNIAH UNTUK PASUKAN KOIR DAN NYANYIAN SOLO
ANDA SEMUA TELAH BUKTIKAN DARI MENDAPAT NAIB JOHAN 2009, TIADA TEMPAT TAHUN 2010 DAN AKHIRNYA MENJADI JUARA PADA TAHUN 2011. TAHNIAH KOIR DAN JUGA TAHNIAH NYANYIAN SOLO.TIDAK LUPA USAHA GIGIH CIK SAMTI ISKANDAR DAN CIKGU NOOR AISHAH NASIR ANDA MEMANG GIGIH DAN BERBAKAT MEMIMPIN PASUKAN INI.CUBA DAPATKAN KEDUDUKAN JUARA PADA PERTANDINGAN NEGERI 19 MEI 2011 DI GEMAS NANTI.



Wednesday, May 4, 2011

Saturday, March 19, 2011

Jadual Perlawanan Bola Sepak MSS Daerah Jelebu Tahun 2011

Tarikh Kejohanan : 23 dan 24 MAC 2011
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : SMK. Pertang


Thursday, February 24, 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Tampar dengan MRSM K.Klawang


Tarikh : 25 Februari 2011 ( Jumaat )
Masa : 4.00 ptg
Tempat : SMK. Pertang

Perlawanan Pertama : Bola Tampar ( L 15 - 4.00 ptg )

Perlawanan Kedua : Bola Sepak ( L 15 - 5.00 ptg )


Datanglah beramai-ramai dan sokonglah sekolah anda. Mari...Mari....Mari


Friday, February 18, 2011

Tahniah ! Pasukan Ping-Pong....Tempat Ke 3 L15 MSSMNS 2011

Sekalung Tahniah Pasukan Ping-Pong SMK.Pertang

Pasukan L 15 tahun telah menjadi Pemenang Tempat Ke 3 dalam pertandingan Ping-Pong MSSM N.Sembilan yang telah berlangsung di Seremban pada 16, 17 dan 18 Februari 2011.

Thursday, February 17, 2011

Merentas Desa MSSM N.Sembilan 2011

Tarikh : 17 Februari 2011 ( Khamis )
Tempat : SMK. Dato Kelana Putera, Lenggeng
Masa : 8.00 pagi - 1.00 Petang

Keputusan 

MSSM Daerah Jelebu - Tempat Ke 9 P18

Tahniah kepada Adik Nurul Nabila bt Muhamad Darus dari SMK. Undang Jelebu

Wednesday, February 16, 2011

Sukantara

Tarikh : 16 Februari 2011 ( Rabu )
Tempat : Padang SMKP
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Saturday, February 12, 2011

Berita Sukan. " Merentas Desa MSSM N.Sembilan "

Berita Pertama

Pra Larian Merentas Desa

Tarikh : 14 Februari 2011 ( Isnin )
Masa : 10 pagi
Tempat : SMK. Dato Kelana, Lenggeng

Berita Kedua

Pertandingan Merentas Desa MSSMNS 2011

Tarikh : 17 Februari 2011 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi - 1.00 Tengah hari
Tempat : SMK. Dato Kelana, Lenggeng

Video Jaringan Penalti Separuh Akhir Bola Sepak 7 Sebelah SMKP

Candid Hari Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah SMKP