Sunday, July 31, 2011

Terima Kasih SMK. Pertang....Kau Tetap di hati...http://hemsmkp2.blogspot.com


Terima kasih kepada semua warga SMK.Pertang, Walaupun saya tidak lama berada di sini, tetapi banyak perkara yang saya belajar. Terutamanya cara-cara mentadbir dan mengenal hati budi manusia. Semua pengalaman di sini akan saya jadikan panduan dalam menjalani kehidupan di tempat yang baru.

Saya akan bertukar ke SMK.Pasoh2 , Simpang Pertang berkuatkuasa Julai 2011 yang lalu dan saya sudah melaporkan diri pada 02 Ogos 2011.. Walau bagaimanapun saya akan memulakan tugas di sekolah yang baru mulai 04 Ogos 2011 (Khamis ). Saya mohon maaf kepada semua pelajar SMK.Pertang kerana tidak berpeluang untuk memohon maaf dalam perhimpunan. 
PELAJAR SMK.PERTANG, ANDA TETAP  DI HATI SAYA.

Cikgu Wan Safri menyampaikan cenderahati Kelab Guru SMKPertang kepada Cikgu Johar.

Kepada semua pelajar yang belajar mata pelajaran Sejarah dengan saya. Buatlah ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan bulan Ogos ini. Hanya usaha yang luar biasa yang akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. 

Jika Ada Sumur di ladang, 
Boleh saya menumpang mandi,
Jika Ada Umur yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian dari :-

Johar Bin Haji Abu
Mantan GPK Kokurikulum SMK.Pertang 
( 25 Ogos 2009 - 1 Ogos 2011 )

Sila ke alamat
jika berminat dengan SMK.PASOH2 

No comments: