Kunjungi Saya di SMK.Pasoh 2...http://hemsmkp2.blogspot.com
Tuesday, July 28, 2009
Minggu PSS
Minggu PSS SMK.Pertang telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun.Pelbagai pertandingan telah dijalankan yang melibatkan semua badan beruniform, Kelab dan persatuan dan Kelab sukan. Penglibatan semua pelajar begitu baik yang mendapat perhatian semua pelajar.Tahniah kepada Pn.Loh ( Penyelaras PSS ) dan semua guru dan pelajar SMK.Pertang di atas penglibatan anda semua.
Thursday, July 23, 2009
Suasana Sukantara KPJ Jelebu-Jempol
Pagi tadi jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari telah berlangsung pertandingan sukaneka daerah Jelebu-Jempol di SMk. Pertang dengan meriahnya. Majlis dirasmikan oleh En. Mustaza pegawai PPD Jelebu / Jempol pada jam 12.00 tengahari dan tamat majlis pada tepat jam 12.30 tengahari. Pelajar dari 26 buah sekolah telah menyertainya dengan penuh disiplin dan meriah. Jumpa lagi tahun depan.
Wednesday, July 22, 2009
Aktiviti Minggu Sains Matematik
Wednesday, July 15, 2009
Minggu Kecergasan
Pagi tadi jam 7.30 hingga 8.30 pagi telah dijalankan aktiviti minggu kecergasan yang melibatkan acara senamrobik bagi semua warga SMK. Pertang. Sekumpulan pasukan Kelab Kecergasan Kesihatan Jelebu telah dijemput untuk mengiringi aktiviti tersebut. Mereka diketuai oleh Cik Afidah dan rakan-rakan yang bersemangat bersama-sama kami melakukan senamrobik sehingga selesai.Terima kasih daun keladi, ada masa datanglah lagi.
Saturday, July 11, 2009
Hari Penyampaian Bantuan KWAM
Pada Jam 10.00 pagi di dewan SMK. Pertang telah diadakan satu majlis penyampaian bantuan wang kepada pelajar-pelajar miskin untuk DUN Pertang yang dirasmikan oleh Dato' Razak Mansor, DUN Pertang. Pada hari tersebut 6 buah sekolah rendah dan menengah telah terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Wakil dari sekolah dan wakil ibubapa telah dijemput hadir untuk menerima bantuan tersebut.Majlis tamat pada jam 12 tengahari.
Thursday, July 9, 2009
Sejenak Dalam Kelas
Hafieza murid 4 Baiduri yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah ( semua mata pelajaran ).Beliau begitu berminat dan sentiasa mencari terlebih dahulu maklumat sebelum bermulanya pelajaran. Bukan beliau sahaja tetapi semua murid dalam kelasnya. Walaupun kadang-kadang penyakit 'lalok dalam kelas ' ada tetapi hanya waktu tengahari saja. Beliau sedang membentangkan tajuk Kerajaan Bani Umaiyyah kepada pelajar lain dalam kelasnya. Moga mereka semua cemerlang pada masa akan datang. Insyaallah.
Ceramah Kebakaran
Tengahari tadi dua orang anggota bomba dari Kuala Klawang telah datang memberi penerangan tentang cara-cara mengawal kebakaran dan demontrasi memadam kebakaran. Abang Hisham dan Abang Long ( nama glamour ) dengan penuh semangat talah memberi peluang kepada semua pelajar melihat sendiri bagaimana memadamkan kebakaran. Dua oarang pelajar dan dua orang guru bertuah telah dapat melakukan demontrasi memadam kebakaran itu dengan jayanya. Syabas SMK. Pertang Boleh!!
Bantuan Pakaian Seragam
Selepas sahaja ceramah kesihatan , pelajar tingkatan 1 yang terpilih dan layak mendapat bantuan pakaian seragam seramai 61 ( yang layak 64 orang ) telah diarahkan duduk dalam dewan. Mereka bersabar menunggu untuk diambil ukuran saiz baju oleh tukang jahit ZAABA.Proses mengukur baju tersebut mengambil masa 1 jam 30 minit.
CERAMAH KESIHATAN
Doktor dari Klinik Kesihatan Pertang telah datang ke SMK.Pertang dan memberi penerangan kepada pelajar tentang bahayanya HIN1 atau Penyakit Selsema Babi yang kian bermaharajalela di dunia sekarang ini. Pelajar dinasihatkan menjaga kesihatan diri dan selalu memeriksa kesihatan di hospital jika mendapat demam yang panas dan berlarutan. Ceramah kesihatan bermula jam 11 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.
Tuesday, July 7, 2009
Berita Terkini! Mohamad Najib Pazlan Kemalangan
Sedang berehat , bapa saudaranya datang melihat..
Makan ubat , supaya cepat sembuh
mukanya berdarah, dan masih sempat bercakap dengan Cikgu Johar dan Cikgu Fariza..
Tiada yang lebih gembira, melihatkannya masih tersenyum dan cepatlah sembuh..
Pada 4.30 petang tadi M.Najib telah kemalangan dengan melanggar kereta Cikgu Azraini di simpang masuk ke rumah guru SMK. Pertang. Keadaannya stabil dan kini sedang dirawat di hospital Jelebu. Pada rakan-rakan yang tidak sempat melawatnya, gambar berikut dapat memberi tahu keadaannya sekarang..moga Najib cepat sembuh...kami rindu doa yang selalu dibaca dalam perhimpunan pagi...Insyaallah.
Saturday, July 4, 2009
Selamat Membina Web dan bertanding ..04 Julai 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)