Thursday, October 7, 2010

Monday, September 6, 2010

Takbir Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zaihir dan Batin dari saya...Johar bin Haji Abu
GPK Kokurikulum SMKP
Saya dan keluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang menjadi pembaca setia blog saya.

Thursday, August 26, 2010

Buletin Ke 2 SMKP


Friday, August 20, 2010

Thursday, August 12, 2010

Selamat Berpuasa - Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah

Selamat berpuasa kepada semua warga SMK.Pertang. Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan ramadhan kali ini...Moga semua warga SMKP dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan sihat sejahtera.Ambilah peluang untuk beribadat dengan lebih lagi daripada bulan-bulan yang lalu kerana di bulan inilah kita yang bernasib baik akan bertemu malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Insyaalah kita berusaha, Allah yang menentukan.
 
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”
Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk istirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ‘ Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu ‘.
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya: ‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’ .
Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab ‘orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ‘.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. [Bagi kitab Taurat, Injil dan Zabur adalah benar sebelum kedatangan Islam, namun kini, Al-Quran  adalah satu-satunya kitab Allah yang lengkap mengiringi turunnya agama yang lahir dari zaman Rasulullah, iaitu Islam. Al-Quran merangkumi isi kesemua kitab-kitab sebelumnya.]

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam kedua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.
Rujukan: Buku Fadhilat Ramadan.

Wednesday, August 4, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010

Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noor Lailawati Nordin, GPK Akademik pada 2 Ogos 2010 dengan meriah sekali. Selepas perhimpunan rasmi, majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pn. Hadijah bt Mat Sah, Ketua Bidang Kemanusiaan. Selepas itu ucapan perasmian dilakukan oleh GPK Akademik dan acara melepaskan burung merpati.

Monday, August 2, 2010

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Ketua Kelas

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform dan Perkhemahan Ketua dan Penolong Ketua Kel;as telah melabuhkan tirainya pada 1 Ogos 2010. Majlis penutupan telah dilaksanakan oleh Miss Lim Boon Yuan, GPK HEM pada pukul 10 pagi Ahad yang lepas. Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Pelajar begitu gembira kerana dapat menjalani perkhemahan tersebut dengan jayanya. Tahniah sekali lagi kepada unit kokurikulum dan HEM  yang dapat melaksanakan Perkhemahan tersebut. Kalau ada masa dan kelapangan serta budget yang lebih, insyaallah tahun depan kita adakan aktiviti ini di luar sekolah.

Saturday, July 24, 2010

Perkhemahan Perdana Unit Uniform

Perkhemahan Perdana akan diadakan pada 30 dan 31 Julai , 1 Ogos 2010 di SMKP. Semua Unit Uniform SMKP akan menyertainya. Sebanyak 7 badan Unit Uniform akan menyertainya dan setiap unit wajib menghantar 10 orang peserta. Dalam pada itu Kursus Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas juga dijalankan serentak. Selamat berkhemah warga SMK.Pertang. Jumpa pada tarikh yang ditetapkan buat persediaan untuk menyertai perkhemahan tersebut dan sediakan peralatan seperti berikut:-

Senarai Keperluan Peserta Perkhemahan 2010
1. Pakaian Lengkap Unit Uniform Masing-masing
2. T-Shirt
3. Seluar Sukan
4. Pakaian Dalam
5. Keperluan Solat
6. Berus gigi/ubat gigi/sabun mandi
7. Wisel
8. Selipar
9. Selimut/Baju Panas
10. Lampu Suluh
11. Sudu/Garpu
12. Pinggan/Gelas
13. Bekas air minuman
14. Alat Tulis
15. Makanan ringan/tambahan
16. Duit Saku
17. Kasut Kanvas/Sukan
18. Ubat-ubatan dan keperluan peribadi
19. Khemah
20. Buku Log
21. Gajet ( yang disediakan sebelum perkhemahan )

Bahan yang dilarang
1. Telefon Bimbit
2. Barang Perhiasan
3. Barang Berharga
4. Wang yang terlalu banyak
5. Rokok/dadah/arak
6. Radio/walkman/MP3/MP4
7. Pakaian yang mempunyai simbol-simbol yang menyalahi agama,peraturan sekolah dan undang-undang negara.

Selamat Jadi Cikgu En. Ali Akhbar


Jasa anda akan dikenang. Moga menjadi guru cemerlang dan selamat menjalani latihan di IPRM.

Saturday, May 22, 2010

Tahniah Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam

Tahniah Pasukan Kawad Kaki Puteri Islam yang mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan Kawad Kaki NGO peringkat MSSD Jelebu. Teruskan usaha untuk menjadi Johan tahun hadapan.Insyaallah.
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah antara Unit Uniform telah diadakan pada 20 Mei 2010 di SMKP. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu Lelaki dan Perempuan.Sebanyak 5 Pasukan lelaki dan 5 Pasukan Perempuan telah menyertainya. Tahniah kepada pasukan yang menang. Keputusan rasmi akan diumumkan pada hari Isnin 24 Mei 2010.
Pada 12 Mei 2010 bersamaan hari rabu satu kursus River Ranger telah diadakan di SMK.Pertang. Seramai 20 orang pelajar dari SMKP dan 20 orang pelajar SK.Petaseh telah hadir. Mereka telah diberi penerangan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran tentang kehidupan di sungai. Pelajar telah diberi penerangan tentang kepentingan memelihara kebersihan sungai untuk generasi akan datang. Dua orang guru telah turut
serta, iaitu Cikgu Fariza Hussin dan Cikgu Mohamad Nasir Ibrahim

Sunday, May 16, 2010

Kursus LDP untuk Staf SMKP pada 13 dan 15 Mei 2010

Kursus LDP untuk guru telah diadakan di SMKP pada 13 mei dan 15 mei 2010. Kursus untuk memantapkan lagi pengisian fail di sekolah. Penceramah jemputan iaitu En. Mohamad Ridwan telah menyampaikannya dengan penuh bersemangat dan jayanya pada 15 mei 2010. Sebelum itu kursus LDP dijalankan pada petang rabu 13 mei 2010 oleh En. Johar bin Abu. Moga selepas ini SMKP lebih tersusun maklumat failnya..

Monday, May 3, 2010

Candid Kelab Memanah SMKP

Bersungguh-sungguh nampaknya Cikgu Fariza menunjuk teknik memanah kepada Cikgu Aishah dan Cikgu Samti. Gaya ada kerana anda guru penasihat memanah. Buktikan kelab memanah dapat mengharumkan nama SMKP dalam pertandingan memanah peringkat MSSNS pada 5-7 Mei 2010 di SMKGV, Seremban nanti.

Jamuan Perpisahan Pengetua Pn. Normala di Restoren Warisan, Kuala Pilah

Majlis Jamuan Perpisahan untuk Pengetua dan Guru-guru yang telah bertukar ke sekolah lain telah berlangsung pada 24 April 2010 di Restoren Warisan, Kuala Pilah. Pengetua Baru Tuan Haji Ab.Kadir bin Haji Nordin , Mantan Pengetua SMKP, Puan Normala bt Abu Bakar, Puan Hafsah Haji Mohd Isa, Pn. Ashali Zairis, Ustad Mohd Noor, Pn. Nurliza telah diraikan dalam satu majlis yang penuh meriah. Anda semua adalah sahabat kami kini dan selamanya. Insyaallah.

Tuan Rumah Pertandingan Public Speaking dan Pidato Di Raja peringkat Daerah Jelebu

Sekitar Pertandingan Public Speaking dan Pidato Di Raja Peringkat Daerah Jelebu di SMK.Pertang pada 28 April 2010. Peserta SMKP telah berjaya mendapat tempat Ke 3 dalam Public Speaking. Tahniah adik Aina anda berjaya mengharumkan nama sekolah.

Minggu Teknik Vokesional SMKP

Hari teknik vokesional telah berlangsung pada 26 - 20 april 2010 di SMK.Pertang dengan meriah sekali. Tahniah kepada Ketua Bidang En. Jailani Damsuki.

Monday, April 12, 2010

Tahniah-Pasukan Olahraga SMKP...anda terbilang di kalangan terbaik

 Tahniah. 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa...dapat mengatasi target tahun 2009. Sebelum ini hanya 3 gangsa. Teruskan usaha anda untuk kekal cemerlang, terbilang dan gemilang. Hidup SMK.Pertang.

.

Wednesday, April 7, 2010

Mtaq - SMK.Pertang Tuan Rumah Daerah Jelebu ( 3 April 2010)

Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK.Pertang kerana telah berjaya mengelolakan majlis MTAQ daerah Jelebu dengan jayanya. Anda cermerlang. Tahniah kepada Izul Afiq kerana berjaya menjadi pemenang tempat ke 3 dalam acara syarahan sekolah menengah.

Monday, March 29, 2010

Selamat Datang Tn. Haji Ab. Kadir bin Nordin...Pengetua Baru

Kehadiran anda dialu-alukan.Semoga kehadiran tuan membawa kecemerlangan untuk semua

Thursday, March 18, 2010

Selamat Bertukar Puan Normala Bt Abu Bakar

Tuailah padi antara masak,
Janganlah nanti layu-layuan.
Intailah kami antara nampak,
Jangan nanti rindu-rinduan.

Monday, February 22, 2010

Kursus Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permaianan

Perhatian !
Kepada semua ahli badan beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan, esok jam 2.00 petang- 4.00 petang,  bertempat di Makmal Komputer akan diadakan Kursus Mengendalikan Mesyuarat, Membuat Laporan dan Menguruskan Organisasi Kokurikulum bagi Pengerusi dan Setiausaha. Kehadiran bagi semua unit kokurikulum adalah wajib. Penceramah En. Mohamad Nasir bin Ibrahim.

Friday, January 29, 2010

Selamat Bertukar Ke sekolah Baru - Puan Asahliza

Jasamu sentiasa dikenang, Kami di SMK.Pertang sentiasa mengenang akan kemeriahan suasana apabil anda bersama kami di sini. Sebak dada bila mengenangkan suasana riuh dan gelak ketawa anda. Selamat menempuh suasana baru di sekolah baru.

Friday, January 8, 2010

Bermulanya Sesi 2010