Friday, June 19, 2009

Hari Kooperasi Sekolah 24 - 25 Jun 2009



Pelajar dan guru akan melaksanakan hari kooperasi sekolah pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Di antaranya jualan barang-barang makanan, sayur-sayuaran dan barangan cenderamata. Di samping itu karnival sukan juga akan diadakan dengan kerjasama guru-guru penasihat badan uniform, kelab persatuan dan kelab sukan. Aktiviti yang dirancang adalah pertandingan futsal, bola jaring, ping-pong, carum, catur dan sebagainya. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Ada hadiah istimewa kepada pengunjung yang bertuah.