Sunday, July 31, 2011

Terima Kasih SMK. Pertang....Kau Tetap di hati...http://hemsmkp2.blogspot.com


Terima kasih kepada semua warga SMK.Pertang, Walaupun saya tidak lama berada di sini, tetapi banyak perkara yang saya belajar. Terutamanya cara-cara mentadbir dan mengenal hati budi manusia. Semua pengalaman di sini akan saya jadikan panduan dalam menjalani kehidupan di tempat yang baru.

Saya akan bertukar ke SMK.Pasoh2 , Simpang Pertang berkuatkuasa Julai 2011 yang lalu dan saya sudah melaporkan diri pada 02 Ogos 2011.. Walau bagaimanapun saya akan memulakan tugas di sekolah yang baru mulai 04 Ogos 2011 (Khamis ). Saya mohon maaf kepada semua pelajar SMK.Pertang kerana tidak berpeluang untuk memohon maaf dalam perhimpunan. 
PELAJAR SMK.PERTANG, ANDA TETAP  DI HATI SAYA.

Cikgu Wan Safri menyampaikan cenderahati Kelab Guru SMKPertang kepada Cikgu Johar.

Kepada semua pelajar yang belajar mata pelajaran Sejarah dengan saya. Buatlah ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan bulan Ogos ini. Hanya usaha yang luar biasa yang akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini. 

Jika Ada Sumur di ladang, 
Boleh saya menumpang mandi,
Jika Ada Umur yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi

Sekian dari :-

Johar Bin Haji Abu
Mantan GPK Kokurikulum SMK.Pertang 
( 25 Ogos 2009 - 1 Ogos 2011 )

Sila ke alamat
jika berminat dengan SMK.PASOH2 

Thursday, July 28, 2011

Koko Akhir ?...sambung lepas Ramadhan.

Aktiviti HEM..MissLim dan Wan Safri...dan rakan-rakan guru...good luck..

Aktiviti Koko, Silat Gayung, Kadet polis, Renjer Puteri....teruskan perjuangan anda.

Aktifnya Silat Gayung.....Guru pun ada silat...silat cekak

Teruskan usaha Cg Marzuki...anda hebat.

Masak memasak...aktiviti Renjer Puteri...Meriah Sungguh Hari itu.

Monday, July 25, 2011

Selamat bersara Timbalan Pengarah JPNS, Tn.Hj. Jamali bin Salam

JASAMU DIKENANG
MAJLIS PERSARAAN 
DI SMK.UNDANG JELEBU
3 JULAI 2011
10.30 PAGI










Wednesday, July 20, 2011

Falsafah, prinsip atau AUTOKRATIK ?

Apakah makna falsafah ?`
Apakah makna Prinsip
 Apakah makna AUTOKRATIK?
Apakah makna Demokrasi ?

Jika Demokrasi salahkah jika kita ingin tahu !
Mengapakah ianya begini dan bukan begitu !
Salahkah jika kita bertanya dan mahukan jawapannya.

Kadang-kadang lebih baik jadi anarki !
Kadang-kadang lebih baik jadi monarki !
Kadang-kadang lebih baik sosialis !
Tapi jangan jadi komunis !
Atau lebih baik jadi idealis !
Atau jadi romantis !

Haaa haaa Jangan persoal !
HEBATLAH TU HAAA HAAA .JANGAN PERSOAL ?
Dia memang hebat !
Betul anda hebat ?

Siapa hebat ? 
Yang Maha Kuasa paling hebat.

Saturday, July 9, 2011

Pelancaran Bulan Kecergasan 1 Malaysia 1 Kecergasan

Tarikh : 9 Julai 2011 (Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK.Pertang